Saturday, 6 July 2013

Jamuan Nasi Goreng Pattaya

Pada 5 Julai 2013 yang lepas kami telah mengadakan perjumpaan homeroom.  Pada kebiasaannya, perjumpaaan ini diadakan sekali untuk setiap dua minggu.  Pada minggu ini, kami mengadakan jamuan Nasi Goreng Pattaya yang enak dirasa.  Cikgu homeroom kami iaitu, Sharifah Hasiah telah membelikan Nasi Goreng Pattaya tersebut. Jamuan telah diadakan di foyer maktab sambil kami berbincang dan berkongsi cerita.  TERIMA KASIH CIKGU..................

Thursday, 4 July 2013

Lagu MRSM - Maktab Rendah Sains Mara


Lagu Rasmi Maktab Rendah Sains MARA
Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu


Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju



Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu



Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera